MANTAPKAN MENTALITI, JANA ASPIRASI





alwan

INTELLIGENSIA
MAHASISWA ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
MOHAMAD TAUFIK ABDUL AZIZ
11 JUN 1987
19 TAHUN
TERENGGANU
017-2247917
Sebarang sumbangan artikel, idea dan saranan, sila hantar ke
alwan_re@yahoo.com
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30




View My Stats






View My Stats



[ BERITA SENSASI ]


HARAKAH DAILY

SUARA KEADILAN

BERITA HARIAN

UTUSAN

MALAYSIAKINI

SUARAM

[ PELUANG PEKERJAAN ]


JOBSTREET

JOBS AND MORE

KAREER

JOBMARKET

STAR JOBS

[ DOWNLOAD BAHAN BACAAN = SEBARKAN!!! ]

APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM

ASAS-ASAS ISLAM

BAGAIMANA KITA MENYERU KEPADA ISLAM

USUL 20

ADAB PERGAULAN

ALLAH DALAM AKIDAH ISLAMIYYAH

DAKWAH FARDIAH

DASAR-DASAR ISLAM

FEQHUS SUNNAH 1

FIQH SIRAH 1

SUKA DUKA GERAKAN ISLAM DI NEGARA ARAB

HADITH 40

ISLAM DAN JAHILIYYAH

ISLAM DAKWAH YANG SYUMUL

ISLAM TIDAK TERTEGAK DENGAN KATA

KE ARAH KESATUAN GERAKAN ISLAM

KEWAJIPAN UMAT ISLAM DALAM PILIHANRAYA

MENUJU KETAQWAAN

NEGARA PENERAPAN NILAI ISLAM

PERANAN PELAJAR

PETUNJUK SEPANJANG JALAN

PROSES REVOLUSI ISLAM

RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH

SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

SATU SARANAN

SYAHADATUL HAQ

SYARAH USUL 20

TABARRUJ

TANGGUNGJAWAB PEMUDA

USRAH DAN DAKWAH

CITRA MUNAWWARAH JILID 1

DETIK-DETIK HIDUPKU - HASSAN AL BANNA

ISU MELAYU

TUDUHAN TERHADAP RASULULLAH DAN JAWAPANNYA

[ DOWNLOAD RISALAH = SEBARKAN!!! ]

RISALAH ANNUUR VOL 1

RISALAH ANNUUR VOL 2

RISALAH ANNUUR VOL 3

RISALAH ANNUUR VOL 4

BOIKOT US-ZIONIS

HANDBILL ANTI PERANG

HANDBILL ANTI ISRAEL

RISALAH BOIKOT USA

RISALAH BOIKOT BARANGAN USA-ISRAEL

[ DOWNLOAD RISALAH TSULASA = SEBARKAN!!! ]

RISALAH TSULASA VOL 1

RISALAH TSULASA VOL 2

RISALAH TSULASA VOL 3

RISALAH TSULASA VOL 5

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Thursday, December 27, 2007
Perayaan Krismas

Perayaan Krismas : Antara Kesesatan Penganut Kristian dan Kejahilan Umat Islam

 

          Arus kesesatan dan kejahilan dalam mempraktikkan perayaan agama semakin parah dan tenat, sekalipun terdapat ruang dan medium yang jelas membezakan antara perayaan agama dan perayaan budaya.

 

          25 Disember adalah antara tarikh penuh penantian terutama untuk penganut ajaran Kristian yang beranggapan hari tersebut adalah hari memperingati Tuhan mereka iaitu Jesus Christ. Perayaan yang disambut sejak kematian Jesus (Nabi Isa) mengikut fahaman penganut Kristian adalah merupakan kesesatan yang berpanjangan sehingga hari ini, tidak terlepas, anak-anak muda dan remaja Islam sudah mula berjinak-jinak menyambut perayaan Krismas.

 

          Saya cuba memaparkan beberapa kesesatan yang melanda penganut Kristian dan kejahilan yang menular di kalangan remaja Islam kini, khusus berdasarkan beberapa siri dialog Ustaz Zulkifli Nordin bersama beberapa orang peguam Kristian yang hebat memperjuangkan hak-hak asasi manusia.

 

          Pertamanya, penganut Kristian sendiri sesat dalam mengenali siapakah tuhan sebenar mereka. Kalangan paderi dan penganut Kristian berpegang kepada konsep Trinity iaitu Tuhan  Bapa, Tuhan Anak(Jesus Christ) dan Holy Spirit berdasarkan kepada kitab Taurat dan kitab Injil atau lebih dikenali dengan Old Testement dan New Testement. Kitab Taurat dan Injil (Old Testement and New Testement) adalah kitab yang diturunkan kepada kaum Yahudi dalam bahasa Ibrani atau Hibru. Dalam bahasa Ibrani/Hibru perkataan Isa (Nabi Isa) adalah merujuk kepada Yoshua, bukannya Jesus. Perkataan Jesus adalah berasal daripada bahasa Inggeris yang datang beberapa abad selepas turunnya kitab-kitab tersebut. Manakala, perkataan Christ pula dalam bahasa Ibrani merujuk kepada Moshia, yang berasal dari bahasa Greek iaitu Kristos atau disebut dalam bahasa Arabnya adalah Al-Maseh. Oleh itu, kitab Old Testement dan New Testement menyebutkan Nabi Isa Al-Maseh sebagai Yoshua Moshia bukannya Jesus Christ. Jelas terbukti bahawa penganut ajaran Kristian sendiri kesesatan dalam mengenali siapa Tuhan sebenar mereka.

         

          Seterusnya, menurut kefahaman penganut Kristian, perayaan Krismas adalah disambut bersempena kelahiran Jesus (Nabi Isa). Kelahiran Nabi Isa adalah pada 6 Januari, namun mengapa Krismas disambut 25 Disember pada setiap tahun?

 

          Sejarahnya bemula apabila suatu kaum di Rome suatu ketika dahulu iaitu kaum Majusi meraikan sambutan Satenalia yang merupakan perayaan The Sun atau perayaan Matahari. Kaum Majusi dikenali sebagai kaum penyembah matahari dan suatu ketika, hampir 4 bulan matahari tidak muncul. Maka, setelah genap 4 bulan, pada 25 Disember matahari mulai muncul dan mereka meraikan hari tersebut dengan meriah disertai majlis makan dan minum. Setelah Raja Kristian Constantine menawan Rome, beliau meneruskan perayaan tersebut dengan menukar nama perayaan tersebut sebagai The Son (bukan lagi The Sun), bersempena meraikan kelahiran Jesus (Tuhan Anak) dengan beranggapan tarikh 25 Disember dan 6 Januari adalah hampir. Nyata bahawa penganut ajaran Kristian sekali lagi tersesat dengan sejarah yang telah dicampur adukkan dengan fahaman agama lain.

 

          Sekiranya Islam mempunyai beberapa tuntutan dan syarat wajib dalam meraikan sesuatu perayaan, maka agama Kristian juga mempunyai beberapa syarat wajib yang perlu dipatuhi dalam meraikan hari Krismas. Pertamanya adalah salji putih, keduanya pokok Krismas/pokok Pain dan ketiganya adalah badut merah putih iaitu Santa Claus.

 

          Sekali lagi kesesatan melanda penganut agama Kristian kerana sejarah perayaan Krismas sudah mula bercampur baur dengan doktrin-doktrin agama lain. Ini adalah hasil pegangan yang rapuh kepada kitab-kitab mereka sendiri yang menjadi rujukan paderi-paderi Kristian. Jesus Christ atau Isa Al-Maseh dilahirkan di sebuah bandar di Jurusalem, dibesarkan di Jurusalem serta meninggal dunia (menurut penganut Kristian) di Jurusalem. Seumur hayat Jesus (32 tahun), beliau tidak pernah melangkah keluar dari bumi Jurusalem. Jurusalem adalah tempat di mana salji putih tidak pernah kelihatan. Jelas ternyata sambutan Krismas yang menjadikan salji putih sebagai syarat perayaan adalah suatu perkara yang diada-adakan apatah lagi dengan pokok-pokok pain yang dihiasi dengan cahaya lampu warna-warni sebagai lambang kemeriahan perayaan Krismas.

 

          Kepercayaan bahawa wujudnya Santa Claus sebagai makhluk mulia yang meraikan hati kanak-kanak dan orang dewasa juga merupakan mitos yang mencalarkan sejarah. Santa Claus dikatakan terbang bersama rusa-rusanya dan melalui terobong asap rumah dengan membawa 3 karung guni untuk menghadiahi kanak-kanak dengan pelbagai hadiah. Sejarahnya berlaku terhadap seorang paderi Kristian, Siniclaus yang lahir di Maira, salah sebuah daerah di Turki. Siniclaus dikatakan merupakan paderi yang baik hati dan suka menjaga kebajikan rakyat. Beliau juga digambarkan sebagai seorang paderi yang suka merahsiakan kebaikannya. Suatu ketika, Siniclaus diberitakan tentang penculikan 3 orang kanak-kanak oleh beberapa penjahat untuk kegiatan pelacuran. Siniclaus telah merangka strategi dan suatu malam, kebetulan pada 25 Disember, beliau masuk ke rumah tersebut melalui terobong asap dengan membawa 3 karung guni semata-mata untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Strateginya berjaya untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut daripada kegiatan pelacuran. Setelah kematian Siniclaus, mayatnya dibawa pulang ke Belanda dan dibina sebuah patung besar Siniclaus di sebuah daerah di Belanda. Siniclaus juga disebut sebagai Sante Clase oleh rakyat Belanda. Namun, nama Siniclaus atau Sante Clase semakin menjadi sebutan ramai terutama di kalangan penganut Kristian setelah satu pelancaran minuman bergas oleh syarikat minuman kepunyaan Yahudi iaitu Coca-cola, diadakan pada 25 Disember 1836 di New York City atau dahulunya disebut sebagai New Amsterdam. Pelancaran itu sekaligus menjadikan Sante Clase sebagai maskod perayaan Krismas dan sebutannya mula bertukar menjadi Santa Claus. Berikutan dengan itu, Raja Kristian dengan rasminya mengisytiharkan perayaan Krismas disambut secara besar-besaran pada tahun 1924.

 

          Inilah sebahagian salah faham dan kesesatan yang berlaku dalam ajaran Kristian. Perayaan yang meraikan kelahiran Jesus Christ bertukar menjadi perayaan mengagung-agungkan Santa Claus dan sentiasa mengharapkan suatu kewujudan yang mustahil. Tidak dinafikan masih terdapat segelintir penganut Kristian yang benar-benar mengamalkan ajaran Kitab Injil dan mereka digelar sebagai Ahli Kitab. Sebahagiannya terdapat di Armenia, Jurusalem, Iraq dan beberapa pekan kecil di kota-kota kependudukan penganut Kristian. Golongan ini masih meraikan 6 Januari sebagai simbol kelahiran Jesus Christ dan sambutan tersebut hanya diadakan di kalangan mereka sahaja. Kini, penganut Kristian sendiri sudah melupakan matlamat sebenar perayaan Krismas. Namun kesesatan mereka tidak terhenti di sini, bahkan telah menumbuhkan kejahilan di kalangan anak muda dan remaja Islam yang turut sama menyambut Hari Krismas sebagai perayaan tahunan. Dalam satu wawancara pagi Malaysia Hari Ini (MHI) pada 26 Disember 2007, seorang anak muda memberi respons berkenaan sambutan Krismas. Antara perkara yang dipersoalkan, mengapa perlu ada perbezaan antara penganut Kristian dan penganut Islam sedangkan mereka meraikan sambutan Hari raya dan kita meraikan sambutan Krismas dengan harapan dapat menjalin hubungan keakraban antara kaum. Betapa  terpesongnya Aqidah umat Islam pada hari ini. Tidak cukup dengan itu, pengacara wawancara yang bertugas pada pagi itu menambah, ”Inilah pandangan paling bernas pernah saya dengar, terima kasih...”. Tidak mustahil bahawa suatu masa nanti umat Islam akan kehilangan jati diri Muslim, dengan beranggapan tiada bezanya antara agama Islam dengan agama anutan yang lain.

Baca...Fahami...dan ubahlah diri dan anak-anak Islam kita...

 

 

MOHAMAD TAUFIK ABDUL AZIZ,

MAHASISWA KAMPUS.


Posted at Thursday, December 27, 2007 by alwan
Comments (2)  

Monday, June 18, 2007
Sang Pohon, parasit & si kulat kecil..

Sang Pohon, parasit & si kulat kecil..

 

 

Terkadang hidup ibarat sepohan pokok yang berakar tunjang kerana tegar saja ia menjerumuskan akarnya ke perut bumi lantas menyediakan satu ’space’ yg mapan dan jitu buatnya menghadapi jerit perit di dunia yang fana ini, namun masih mampu “berfotosintesis”  membesar dan menerbitkan buah serta menguntumkan bunga-bunga buat alam di sekeliling. Kelihatan, sang pohon tak jemu-jemu menghembuskan “nafasnya”  buat para penghuni alam untuk meneruskan sebuah kehidupan yang entah bila akan tersisa malah, sang pohon  tanpa disedari penghuni alam yang lain, menjadi penyejuk kepada sang bumi demi melahirkan satu kondisi yang amat molek buat penghuni alam berkelana di bumiNya yang terdampar luas.

Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Pemilik Alam!!

 

Kucuba perhalusi lagi. Daripada tanah, air dan mineral diserap melalui sang akar buat membasahi urat-urat xylem sang pohon yang sentiasa kehausan. Begitu kompleks dan jitu sistem yang terlibat. Daripada “apoplast  hinggalah ke simplast”, atau apa saja cara, harus dirangkul oleh sang pohon buat mengisi “salur-salur kehidupan  yang senantiasa kegersangan tadi. Tapi, sang pohon bukannya sebarangan, bukan juga luar biasa, cuma ia bisa menggunakan segala kelebihan yang ada padanya buat meneruskan hidup. Sang pohon tidak terus menyerap segala jenis air dan mineral. Bukankah pada akar sang pohon adanya “endodermis”?  Nah, si akar saja boleh bertindak memilih mana yang baik, mana yang buruk, mana yang penawar, mana yang racun, mana yang berguna dan mana yang tidak bermanfaat. Maka mengapa tidak manusia? Mengapa tidak aku? Mengapa tidak kita? Kurenungi sejenak. Seharusnya kita juga begitu. Harus juga mempunyai “endodermis” sendiri, buat menapis apa jua jenis maklumat yang sampai kepada kita. Bukankah kita lebih tinggi tarafnya berbanding sang pohon? Lantas, mengapa masih ada yang sanggup bahkan terkadang sengaja meloloskan diri sendiri ke lembah kebinasaan? Tidakkah kita juga diberi “computer” yang tercanggih buat menganalisa, mengkaji, mentafsir serta mengambil pelajaran daripada apa yang berlaku, tak lupa juga buat memikirkan segala ciptaanNya?

 

Nah! Meskipun begitu, terkadang sang pohon juga tidak dapat lari dari hukum alam. Lantas menjadi sepohon pokok yang pasrah. Bagaimana tidaknya,”parasit-parasit”  yang bergelar “rust” , ”smut”  dan segala macam keluarga bacteria sentiasa saja menyingkap tabir kehidupan sang pohon, mengintai buat menanti kesempatan untuk berteduh di sebalik rimbunan pohon, menyerap nutrient pada sang pohon lantas sang pohon tiada berdaya dan menanti sisa-sisa kehidupan yang tak dapat diperjuangkan lagi. Walau sehebat manapun sang pohon berfotosintesis, sang pohon tetap tidak terlepas daripada  si parasit-parasit durjana yang bukan sahaja mengambil manfaat dari sang pohon malah menjahanamkan sang pohon.

 

Wahai sang pohon, mengapa dikau masih lagi tegar membenarkan jasadmu diratah rakus oleh sang parasit yang tiada mengenal erti jerit payah makhluk lain untuk meneruskan sisa kehidupan yang perlu diperjuangkan, buat membina generasi-generasi yang bakal menyuburkan kembali bumi-bumi yang kegersangan ini. Jesteru itu wahai sang pohon, carilah rakan simbiosismu yang bisa berkongsi suka dan duka bersamamu, segala jerit kepayahan tidak lagi di simpan di lubuk sanubari, malah mungkin dapat diharungi bersama, paling tidak, masih dapat setia mendengar segala permasalahanmu itu.

 

Nah! Sekarang, sudah dikau ketemui rakan simbiosismu itu? Jika belum jawapanmu sang pohon, bukankah dikau bisa berasiosiasi dengan si kulat kecil membentuk “mycorrhiza” ? Rakan sepanjang hayat yang tak pernah kenal erti lelah membantumu menyerap air dan mineral buatmu membina dedaun, bebunga, juga buah-buah yang berkualiti untuk santapan para ”hayawanun Natiq”  yang dahagakan jasamu. Mungkin saja dikau beranggapan ada apa dengan mycorrhiza? Dirimu lebih besar, lebih hebat , gah berdiri menjulang langit malah jauh lebih advance  berbanding si kulat kecil. Tapi sang pohon, dikau mungkin lupa, tanpa si kulat kecil, mana mungkin dikau dapat berdiri gah sebegini rupa. Ya benar! Dikau bisa saja mempunyai rakan simbiosismu yang lebih hebat, lebih cool  dan segala macam kelebihan berbanding si kulat kecil, namun jangankan kerana si kulat kecil tidak sehebat rakan simbiosismu yang lain, dikau dengan mudah melupakannya, kerana si kulat kecil cuma hanya sekadar menumpang berteduh di sebalik rimbunan akarmu.

 

 

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimat yg buruk  seperti pohon yg buruk, yg telah tercabut akarnya dari permukaan bumi, tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun”       

        

 (QS 14:24-26)

 

 

Sahabat,

 

Aku mungkin saja bukan seorang sahabatmu yang baik. Entah pernah atau tidak, mungkin saja aku tak layak pun bergelar sahabat dalam kamus hidupmu. Aku bisa saja salah, bisa saja lalai, bisa saja terpesong. Jauhilah aku sekiranya aku datangkan masalah buatmu. Hindarilah aku kiranya aku menyumbangkan kesengsaraan hidupmu. Buanglah aku dari peta kehidupanmu sekiranya akulah insan yang memberi saham kejahatan dalam buku amalanmu.

Benamkanlah aku dari catatan hidupmu sekiranya akulah parasit durjana itu.

Aku sedar, diriku cuma si kulat kecil, tak mampu memberi banyak manfaat buatmu. Kekadang hanya sekadar mampu melihat kesusahanmu. Tiada daya untuk memikul beban tanggunganmu. Namun, jauh di sudut hatiku, turut berduka sengsara dengan kesusahan yang menimpamu..

Tidak kupinta lebih, cukuplah punyai seorang kawan yang mampu menterjemahkan seluruh kehidupannya untuk membimbingku. Biarlah linangan airmata yang menitis ini menjadi bukti, tanda syukurku pada Sang Pencipta pepohon tadi, kerana dikurniakan sahabat seumpamamu. Aku tidak mampu terjemahkan serta zahirkan seluruh rasa kesyukuran, kasih dan sayangku padamu dengan wang ringgit, mahupun harta kekayaan apatah lagi sebuah  kebahagiaan mutlak tanpa penghujungnya. Mungkinkah tulisan ini sebagai perantaraan untuk kusampaikan hajat dan niat murni ini? Kuharapkankan hikmahNya.

 

 

 

MOHAMAD TAUFIK ABDUL AZIZ,

MAHASISWA KEJURUTERAAN,

UNIVERSITI MALAYA.

 


Posted at Monday, June 18, 2007 by alwan
 

Friday, January 12, 2007
SENJA YANG MURAM ITU

SENJA YANG MURAM ITU

Di sebalik kemuraman senja, aku ikut menjadi seorang pencinta, yang kadang-kala menyedari betapa indahnya ciptaan-MU. Di kesempatan ini, aku jadi salah seorang yang memikirkan bahawa betapa aku tidak memahami warna senja yang ENGKAU jadikan itu. Adakah warna senja itu sekadar mengikuti putaran alam, yang memberitahu manusia bahawa dia adalah sahabat malam dan siang. Hadirnya dia sesudah habis siang, hadirnya malam sesudah selesai dia mengucap selamat tinggal, pada manusia yang sentiasa sibuk pada siang hari.

 Warna senja itu sebenarnya warna kemuraman. Kerana di antara 2 sahabat setianya, dialah yang paling muram. Mengapa warna yang dimiliki olehnya tidak bisa menjadi peringatan kepada manusia yang seringkali leka bahawa hari yang terang itu sudah sampai ke penghujungnya. Dan munculnya dia adalah untuk mengingatkan, semoga mereka yang menghuni Bumi TuhanNya tidak lagi leka dengan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

 Munculnya dia adalah sebagai ekspresi kecewa sahabat pertamanya yang terluka ; siang sebelum sampai waktu kecewa sahabat keduanya, iaitu malam. Kerana ketika waktu sahabat pertamanya manusia leka dari mengingati Pencipta mereka.Dan sebelum malam muncul, senja terlebih dahulu telah menunjukkan kemuramannya, yang menyebabkan malam turut sama bersedih, sambil memikirkan nasibnya. Adakah manusia juga akan melakukan perkara yang sama seperti yang telah dilalukukan kepada siang?


Dan kedinginan malam itu, membuatkan aku berfikir, adakah itu caranya malam bersedih?

 Dan warna senja yang muram miliknya itukah yang digunakan untuk memujuk siang dan malam? Supaya tidak bersedih dengan tingkah manusia? Siang menjadikan dirinya tempat bergantung, sementara malam menjadikannya sebagai sandaran. Bagaimana dengan dirinya yang turut sama bersedih dengan kealpaan manusia? Pada siapa pula hendak dijadikan sandarannya?

 Untuk kesekian kalinya aku merasai betapa besarnya kuasa tuhan ,yang menjadikan waktu yang pendek seperti senja itu mampu menerima kesedihan yang maha berat. Tetap sabar berada di antara 2 sahabat. Satu yang dilukai dan satu lagi bakal dilukai. Tetap setia menemani sahabatnya, agar ada jarak pemisah di antara dua waktu yang masing- masing menanggung luka yang berat. Selagi manusia lalai dan leka, selagi itulah malam dan siang akan terus menangisi ketidakupayaan manusia menjadikan mereka waktu yang penuh berharga.

 

Dan selagi 2 sahabat itu melalui saat- saat kesukaran, selagi itulah warna senja yang merah padaku itu akan menjadi warna yang sentiasa muram.

 

 

MOHAMAD TAUFIK ABDUL AZIZ,

Insan Mendamba Kasih…

 


Posted at Friday, January 12, 2007 by alwan
Make a comment  

Tuesday, October 31, 2006
MEROKOK : MODENITI YANG MEROBOH TRADISI MASYARAKAT

 

MEROKOK : MODENITI YANG MEROBOH TRADISI MASYARAKAT

 

Modenisasi tamadun meninggalkan banyak impak yang negatif di kalangan masyarakat seantero dunia. Bahkan, peradaban dunia juga turut mengalami keruntuhan moral dan akhlak di kalangan masyarakat lantarana arus kemodenan zaman. Pakar-pakar sejarah dunia dan ahli-ahli falsafah antarabangsa melihat masyarakat kini mengalami ketidakseimbangan norma di mana gejala-gejala tidak sihat di persekitaran masyarakat dijustifikasikan sebagai budaya dan adat kebiasaan dalam pentas kehidupan mereka. Lantaran itulah, masyarakat dunia khususnya negara kita Malaysia kelihatan lesu dan mandom impak atau kesan pergantungan mereka kepada budaya dan adat kebiasaan yang disalah tafsir ini.

 

Idealisme Barat yang meroboh umat Islam

 

Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh dengan idealisme Barat yang menjajah mereka.

Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui media
massa ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini. Islam menuntut umatnya untuk meninggalkan gejala tidak sihat ini kerana nilaian keruntuhan iman dan akhlak bergantungan kepada buruk atau baiknya perilaku seseorang. Namun, kelihatan anak-anak remaja kini tidak terlepas juga anak-anak yang masih di bangku persekolahan telah membudayakan tabiat merokok, dalam justifikasi rokok memberi ketenangan kepada mereka untuk belajar dan hilang tekanan semasa proses pembelajaran. Dalm hal ini, siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah kalangan ibubapa yang tidak memberi didikan dan ajaran yang sempurna dalam keluarga? Atau pihak pentadbiran sekolah dan kalangan guru-guru yang tidak memberi penekana kepada pelajarnya? Pertikaian sebegini tidak harus dipanjangkan lagi seolah-olah berlaku kebobrokan yang besar dalam sistem pentadbiran negara kita.

 

Serangan kemandirian masyarakat

AMARAN oleh Kerajaan Malaysia: Merokok boleh membahayakan kesihatan. Demikian amaran yang tertera di kotak-kotak rokok yang dibenarkan penjualannya di Malaysia. Di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia, usaha-usaha mencegah perbuatan yang merosakkan kesihatan masih lagi belum dapat dijalankan dengan berkesan. Di Australia umpamanya, pada sepertiga bahagian hadapan kotak rokok tertera huruf-huruf besar: MEROKOK MEMBUNUH - Amaran Kesihatan Kerajaan. Malah perkataan-perkataan ini dilabelkan lebih besar daripada jenama rokok itu sendiri. Pada bahagian belakang kotak rokok pula tertulis sekali lagi amaran tersebut, yang disusuli penerangan berikut: Di Australia, merokok menyebabkan lebih banyak penyakit dan kematian awal daripada penggunaan dadah-dadah lain. Merokok menyebabkan lebih empat kali ganda kematian daripada yang disebabkan kemalangan jalan raya. Pada bahagian tepi kotak rokok juga dinyatakan: Asap dari setiap rokok mengandungi tar asap yang apabila termeluap mengandungi pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang menyebabkan barah; nikotin sejenis dadah beracun dan menyebabkan ketagihan; dan karbon monoksida sejenis gas yang mampu membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen.

Demikian, betapa terperinci usaha penyampaian maklumat yang diberikan kepada masyarakat yang masih mahu memperjudikan kesihatannya. Penekanan terhadap kebebasan memberi maklumat yang amat berbeza ini menimbulkan satu persoalan yang membingungkan. Adakah nilai nyawa penduduk negara-negara membangun lebih murah daripada negara-negara maju. Dewasa ini ramai yang bercakap tentang rokok atas dasar fakta. Ini yang terbaik. Tetapi tidak kurang pula yang cuba memutarbelitkan kenyataan dan masih ada yang meragui pendapat pakar-pakar perubatan tentang bahaya merokok.

Agen perosak sistem tubuh

Mungkin kita di Malaysia belum yakin tentang kebenaran ini. Tetapi di Amerika Syarikat, kongresnya telah pun menubuhkan Gedung Penjelasan Kebangsaan bagi 'Merokok dan Kesihatan' lebih 30 tahun lalu. Pertubuhan ini dipertanggungjawabkan untuk menilai semua laporan ilmiah tentang kesan merokok terhadap kesihatan di mana setiap laporan tahunan yang dikeluarkan menunjukkan bahawa merokok pasti membahayakan kesihatan. Justeru itu, Kongres Amerika tiada pilihan lain dan terpaksa mengeluarkan perintah bahawa mulai 1 November 1970, setiap kotak rokok mesti mempunyai label amaran bahaya merokok. Hari demi hari pelbagai laporan diterbitkan tentang bahaya merokok terhadap sistem-sistem tubuh. Bukan sekadar sistem jantung dan pernafasan yang sering tergugat, malah sistem pencernaan, sistem saraf, sistem penglihatan, sistem darah, sistem ginjal dan sistem pembiakan juga boleh terjejas.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Yang Esa jua. Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan. Sekiranya masyarakat kita meneliti akan impak bahayanya merokok, sudah tentu mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan doktrinisasi Barat untuk memperjudikan kesihatan dan nilai kehidupan mereka yang cukup singkat di dunia ini.

Kemelesetan ekonomi negara

Ada teori yang mengatakan pendapatan negara meleset sebanyak 100 juta ringgit setahun jika rakyatnya tidak merokok. Pendapatan ini mungkin datang dari hasil iklan dan pelbagai cukai yang dikenakan oleh kerajaan, contohnya cukai jualan dan cukai korporat keuntungan syarikat. Keadaaan ini menguntungan kerajaan kita namun ia tetap memberi mudarat kepada sebahagian besar daripadanya. Adakah barisan kepimpinan negara sahaja dikira sebagai anggota kerajaan? Tidakkah rakyat Malaysia juga sebahagian daripada kerajaan? Mutakhir ini, kajian para saintis mengesahkan bahawa Malaysia adalah antara negara yang menduduki tempat teratas dalam ranking berkaitan aktiviti merokok dalam masyarakat di kalangan negara-negara Asia Tenggara. Keadaan ini menyebabkan kerajaan menanggung bebanan dan kos yang besar dalam agenda pemulihan rakyatnya yang mengidapi pelbagai penyakit akibat kegiatan merokok. Sebagaimana yang termaktub dalam catatan perbelanjaan negara, dalam tahun 1990 sahaja perokok Malaysia membakar lebih 1.7 bilion ringgit. Jumlah ini merugikan negara kerana sekiranya jumlah tersebut dilaburkan ke dalam Amanah Saham Bumiputra, sudah tentu Malaysia akan menerima jumlah pulangan yang besar untuk pembangunan dan pemesatan negara. Kerajaan juga telah membelanjakan jutaan ringgit untuk membangunkan Institut Jantung Negara (IJN) dan pelbagai pusat kesihatan dan hospital lain di seluruh negara. Tempoh penderitaan seseorang pesakit akibat merokok, umpamanya sakit jantung adalah agak lama. Ubat-ubatan yang diperlukan sangat mahal dan kadang kala institusi perubatan negara terpaksa mengeksport bekalan ubatan ini dari luar lantaran kekurangan ubatan yang berkualiti di dalam negara. Malahan, apabila diteliti kembali berkenaan kos rawatan dan penjagaan, jumlahnya amatlah besar dan memerlukan dana yang berterusan bagi memastikan kebajikan para pesakit terjamin. Lantaran itu, bukanlah suatu kejanggalan mengapa Kementerian Kesihatan sentiasa memerlukan peruntukan kewangan yang besar setiap tahun.

Saranan

Rakyat Malaysia khususnya golongan remaja merupakan produktiviti individu sukar dinilai tetapi kini, negara amat memerlukan generasi yang mampu bekerja untuk meningkatkan pendapatan negara. Mereka dikira kos habis, yang mana sukar untuk dicari ganti. Namun yang pasti, masalah rokok bukan masalah fakta atau falasi, bukan juga masalah halal atau haram, tetapi sebenarnya percaturan untung rugi kewangan. Saya memandang serius akan gejala merokok ini dan menyarankan agar setiap individu dalam masyarakat bersama-sama melindungi negara daripada terus dijajah dengan idealisme-idealisme Barat yang kini telah membentuk identiti dan budaya hidup masyarakat kita. Masyarakat seharusnya menggali kembali identiti tanah air kita yang telah lama hilang dek zaman, lantaran penguasaan Barat terhadap Tanah Melayu suatu masa dahulu. Bertepatan dengan kemuliaan Ramadhan yang kini menjelma, saya menyarankan masyarakat untuk terus memulaukan aktiviti merokok yang kian menghancurkan peribadi dan kehidupan masyarakat kita. Ayuh kita semaikan akhlak-akhlak Muslim di samping membumikan tuntutan-tuntutan wajib sebagai seorang Muslim sebagai langkah pentarbiyahan diri.

Hapuskan generasi perokok, tingkatkatkan produktiviti intelektualis

 

MOHAMAD TAUFIK ABDUL AZIZ

MAHASISWA UM


Posted at Tuesday, October 31, 2006 by alwan
Comments (4)  

WAR ON TERRORIST

WAR ON TERRORIST

                  SUATU LANGKAH KEAMANAN ATAU TRAGEDI PENINDASAN

 

                  11 September sudah berlalu,namun kesan tragedy runtuhan WTC dan PENTAGON masih menjadi igauan umat dunia kini. Siapakah yang menjadi ingatan kita berkaitan peristiwa yang tragis ini? Adakah 2973 orang mangsa kematian runtuhan WTC dan Pentagon atau 180,000 warga dunia yang terbunuh dan ratusan juta warga dunia lain yang cedera akibat kekejaman Amerika dalam propagandanya menentang 'terrorist'? Ternyata Amerika tidak mempunyai modal serta alasan yang cukup kukuh untuk menakluki bumi –bumi yang kini masih basah dengan titisan darah pejuang keamanan dan golongan yang bertungkus-lumus berjuang mencapai kebebasan tanah air daripada cengkaman kuasa-kuasa Barat. Masyarakat dunia kini melihat, sudah suatu tempat malahan suatu ruang kecil yang selamat sebaliknya bumi menjadi tempat yang berbahaya untuk didiami.

 

              Kuasa pemerintah negara-negara dunia ketika ini semakin tergugat dan kelihatan semakin terhakis ketika mana kuasa Raja Pemerintah dunia semakin kuat mencengkam dan menindas Negara-negara jajahannya. Apabila George W. Bush berdepan dengan Kongres dan negara pada Selasa malam baru-baru ini(12 September 2006), dia mempersembahkan dirinya (sekali lagi) sebagai presiden perang. Secara peribadi dan politik, identiti tersebut memang sesuai dengannya. Bush bukan lagi pemimpin yang mentah seperti ketika dia baru menjadi presiden, dia akan berlagak sebagai seorang yang gigih, dengan gambaran bahawa perjuangannya sehingga ke akhir hayat. Bush makin kukuh di tampuk kedudukannya untuk terus menjustifikasikan diri serta polisinya sebagai ketua komander perang walaupun tidak disahkan oleh kuasa-kuasa besar dunia lain termasuk China, Rusia, Jerman serta Negara-negara berpengaruh yang lain.Amerika kini menjadi sebuah Negara yang berperang dengan konspirasi kongresional. Kesilapan penilaian rakyat Amerika terhadap kepimpinan George W. Bush menjadi trauma berpanjangan setelah 3 tragedi kehancuran status dan nilai keamanan sedunia iaitu Tragedi 9/11, Peperangan Afghanistan serta Perang Iraq. Kini dunia menuju ke arah kehancuran sebuah bumi yang subur dengan nilai-nilai kehidupan, iaitu Palestin dan Lubnan. Rakyat Amerika tidak sedar bahawa mereka telah mengundi Bush bagi memberi suatu lesen untuk menggunakan all necessary and appropriate force (segala kuasa yang patut dan sesuai baginya).

 

                Slogan Anti-Keganasan yang diwarwarkan oleh kerajaan Amerika menjadi sindiran hebat kepada negara-negara utama dunia. Slogan mereka adalah kosmetik semata-mata dalam agenda perluasan kuasa dan hegemoni Amerika terhadap kuasa-kuasa paksi dunia serta ke arah mewujudkan Negara Teokrasi yang berkuasa mutlak di dunia. Menyingkap kembali rentetan konflik serta peperangan di Iraq, Amerika merupakan 'mastermind' dalam menyusun strategi peperangan dan permusuhan antara aliran-aliran agama di Iraq. Rakyat Amerika yang peduli yang cuba membayangkan keadaan dari sudut pandangan rakyat Iraq, melihat bahawa pencerobohan asing secara besar-besaran dilancarkan atas alasan yang palsu. Pendudukan yang kejam, dengan mengawal simpanan minyak tempatan sudah tentu sebahagian daripada motivasinya. Kematian adik-beradik, sepupu, anak-anak, ibu bapa yang memilukan, sudah tentu "pemberontakan" merupakan respon yang wajar bagi mereka. Matlamatnya adalah untuk memaksa penceroboh dan penjajah keluar. Sunni, Shi'ah dan Kurdis mempunyai alasan yang sah untuk menganggap satu sama lain sebagai musuh, daripada saingan ke atas tanah dan minyak, kepada dendam etnik, kepada urusan yang belum selesai. Tiada sumber yang sepadan mengenai kebencian kerana mereka dimomokkan dengan diayah(propaganda) Amerika. Diambil sebagai satu entiti yang menyeluruh atau bahagian-bahagiannya, Iraq bukan musuh. Bush telah mengukir kata-kata bahawa  Iraq hanya satu daripada wajah dalam perang terhadap keganasan. Sudah tentu, dalam kerajaan tersebut, dimana musuhnya mempunyai nama dan wajah, Amerika Syarikat dengan sahih sedang dalam peperangan. Namun, sehingga kini kita melihat Bush masih mempertahankan kedudukannya sebagai pemerintah 'keamanan' dalam proses rehabilitasi konflik-konflik dunia. Kekejaman demi kekejaman dalam menentang keganasan dilakukan oleh Amerika Syarikat. Label 'pengganas' yang diletakkan pada pejuang Al-Qaeda menjadi propaganda yang paling berjaya dalam komplot perluasan jajahan taklukannya. Namun, kesilapan besar buat Amerika kerana tidak dapat meneliti pergerakan Al-Qaeda sebagai idea penghapusan hegemoni Amerika. Pertubuhan radikal yang terapung bebas ini tidak berdiri atas kuasa pemerintahan negara malah ia bukan juga rangkaian kuasa-kuasa besar dunia. Osama Bin Laden sendiri adalah tokoh yang mitos yang tiada catatan sejarah sehingga George W. Bush menamakannya pencabar Amerika dengan mengatakan Tragedi 9/11 sebagai aksi perang yang perlu dibalas dengan perang, yang sepatutnya jenayah dibalas dengan pengadilan jenayah. Tetapi reaksi keterlaluan ini, pada ketika itu begitu memuaskan minda Amerika yang cedera, kini beralih kepada perang dimana pihak sana tidak muncul-muncul. Lantaran itulah, Amerika meletupkan Iraq sebagai galang gantinya, serta dendam yang tidak terbalas terhadap kumpulan 'pengganas' Al-Qaeda.

    

                      Tokoh-tokoh politik, pakar-pakar sejarah serta golongan falsafah dunia kini mengecam pentadbiran Bush di Washingon. Peperangan menentang keganasan yang digagaskan oleh Bush kini semakin menghampiri pergolakan dan pertembugan antara Tamadun, iaitu tamadun Islam dan Barat.peperangan 11/9/2001 menjadi titik tolak bermulanya era kemusnahan tamadun manusia. Politik, pentadbiran, orentasi penempatan dan sejarah dunia setelah pasca perang dunia ke –2 berubah sama sekali berikutan peperangan demi peperangan di arena dunia. Kebimbangan pemimpin-pemimpin negara semakin bertambah akibat kecaman kuasa politik dunia untuk patuh pada arahan dan mengakui setiap tindak tanduk serta pergerakan mereka. Namun, masih ada sebahagian besar negara-negara dunia yang berkompromi serta mewujudkan kolaborasi dengan pentadbiran Amerika, antaranya Britain, Australia, Israel dan beberapa buah negara lain yang kelihatan kagum dengan kekejaman Presiden George Bush. Australia dengan megah menyatakan ektrimis Islam menjadi punca serangan 11/9 serta Al-Qaeda adalah golongan yang paling bertanggungjawab terhadap tragedy serangan ini. Hakikatnya, Australia tidak pernah berhasrat untuk menyatakan kesedihannya terhadap tragedy 11/9, sebaliknya mereka hanya mahu menjaga kepentingan peribadi, perluasan pengaruh serta mahu diiktiraf oleh pentadbiran Amerika sebagai agen keamanan sejagat. Betapa kotor dan keji perbuatan Australia.

 

            Sehingga kini, kenangan pahit kian tercatat dalam buku catatan sejarah dunia. Bilangan pelarian dunia sehingga berakhir bulan Ogos 2006 mencatatkan seramai 4.5 million pelarian. Ini merupakan angka atau jumlah pelarian terbesar yang pernah dicatatkan dalam sejarah tamadun dunia. Kenyataan pakar ekonomi baru-baru ini membuktikan bahawa Amerika sedang merangka suatu bentuk penentangan terhadap pengganas, terutamanya penawanan kumpulan Al-Qaeda di bawah bimbingan Osama bin Laden sehingga sanggup membelanjakan sebanyak 8 billion US dolar. Masyarakat dunia juga menyatakan rasa kecewa terhadap pentadbiran Amerika berikutan penahanan orang awam yang tidak bersalah seramai 455 orang di penjara Guantanamo Bay. Lantaran inilah, tertubuhnya banyak pertubuhan untuk memperjuangkan masyarakat sejagat demi menegakkan keadilan rakyat di samping meruntuhkan kesombongan dan keegoan pemerintahan zalim serta menghancurkan generasi pemerintahan diktator.

 

                        "JANA KEHARMONIAN, PERANGI KEGANASAN"

 

MOHAMAD TAUFIK ABDUL AZIZ

MAHASISWA UM

 


Posted at Tuesday, October 31, 2006 by alwan
Make a comment  

AUKU: AKTA YANG MENYELARAS ATAU MENGONGKONG MAHASISWA?

AUKU: AKTA YANG MENYELARAS ATAU MENGONGKONG MAHASISWA?

       

        Malaysia adalah sebuah negara yang cukup unik dengan kepelbagaian golongan pemikir masyarakat yang cukup berkaliber dan berdedikasi dalam masyarakat. Selangkah menuju era ketamadunan Timur Tenggara, golongan mahasiswa dilihatkan sebagai golongan yang paling aktif dan dituntut dalam menyuarakan hak-hak manusia, mengutarakan pendapat dan pandangan serta memperjuangkan apa sahaja yang dirasakan perlu dalam agenda eksistensi keharmonian masyarakat sezaman. Sejajar dengan orentasi kewujudan mereka, golongan idealis ini, kini memainkan peranan paling penting di kalangan masyarakat setempat bagi memastikan kewarasan pemikiran masyarakat untuk berfikir jauh ke hadapan dalam usaha meramaikan golongan intelektual mahasiswa. Kedudukan yang cukup strategik di mana keberadaaan siswa-siswi di posisi pertengahan masyarakat memberi mereka peluang untuk menyelami hati dan pemikiran masyarakat.

 

        Namun, perkembangan keilmuan dan keintelektualan mahasiswa kini menjadi ancaman oleh sesetengah pihak yang memandang 'lekeh' terhadap masyarakat luar kampus. Bagi mereka, golongan-golongan marhein adalah 'sampah jalanan' yang tidak setaraf dengan mereka sebagai golongan 'academician' atau golongan atasan yang mentadbir institusi-institusi pengajian tinggi. Namun apakah benar prinsip dan agenda yang dianggap suatu sebagai 'perjuangan' yang dibawa oleh golongan sebegini? Perkembangan semasa menyaksikan suara mahasiswa yang dulunya lantang berbicara di setiap sudut dan ruang di kampus-kampus mereka, kini disekat, lebih keji lagi diasak, diugut serta dikecam oleh golongan atasan ini. Mereka mula mem'boneka'kan mahasiswa dengan akta-akta dan piawaian-piawaian yang bertujuan memandulkan mahasiswa ke arah memacu kemajuan masyarakat dalam kepelbagaian lapangan sama ada lapangan politik, ekonomi, social masyarakat ataupun bidang-bidang lain. Sememangnya, matlamat dan motif penubuhan AUKU sendiri jika ditinjau sejenak, ia memang berniat mengekang dan menyekat mahasiswa daripada terlibat dalam politik khususnya pembangkang. Suatu lagi persoalan kini timbul, apakah benar mahasiswa menjadi agen parti pembangkang? Adakah perjuangan untuk memacu kemajuan masyarakat sejagat merupakan sesuatu ancaman kepada negara? Sekiranya persoalan ini adalah benar, telah terbukti bahawa golongan atasan ini tidak sealiran dengan barisan kepimpinan negara yang sejak dahulu lagi memperjuangan ke arah pembentukan masyarakat yang progresif dan maju dari segenap aspek.

 

        Mahasiswa seharusnya dilindungi dengan akta-akta yang digagaskan oleh golongan pentadbir universiti, bukannya dimandulkan pemikiran dan mentaliti mereka. Akta Universiti dan Kolej Universiti sewajibnya memperuntukkan jaminan terhadap keselamatan dan kesejahteraan mahasiswa sepanjang pengajian mereka di menara gading dalam misi menggengam segulung ijazah.

Namun, peruntukkan-peruntukan yang bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia menjadi punca pem'berontakan' mahasiswa dalam menegakkan keadilan yang terselindung. Antara peruntukan penuh  yang diwartakan dalam akta tersebut (AUKU) ialah :

 

  • Seksyen 15 - Pelajar tidak dibenarkan menjadi ahli dalam mana-mana persatuan parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa juan pertubuhan, kecualai mendapat kelulusan secara bertulis daripada Naib Canselor
  • Seksyen 15A - Pelajar tidak dibenarkan memungut derma kecuali mendapat pengecualian (exemption) daripada Menteri.
  • Seksyen 15C - Semua barangan sesuatu kumpulan yang didapati bersama dengan seseorang pelajar hendaklah dianggap bahawa pelajar itu adalah ahli kepada sesuatu kumpulan sehingga dibuktikan sebaliknya
  • Seksyen 15D - Seseorang pelajar yang dituduh atas sesuatau kesalahan jenayah akan digantung universiti dalam tempoh masa perbicaraan kecualai mendapatpengecualian daripada Menteri
  • Seksyen 16 – Naib Canselor boleh menggantung atau membubarkan pertubuhan yang pada pendapat Naib Canselor akan mendatangkan mudarat kepada kepentingan universiti

 

Peruntukan-peruntukan di atas jelas bercanggah dengan prinsip Hak Asasi Manusia sebagai mana yang termaktub dalam Deklamasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dan semangat Perlembagaan Malaysia. Dengan 'warta'nya akta ini, kemungkinan besar kemajuan masyarakat dan persaingan Malaysia dengan negara-negara membangun lain tidak dapat dipertingkatkan tanpa partisipasi dan penglibatan mahasiswa. Mungkin kita mempunyai kepelbagaian methodologi menganalisa faktor kejatuhan mendadak ranking global universiti-universiti tempatan kita. Seharusnya kita akui bahawa reputasi ini terus tidak akan berubah sehingga diakui kepentingan kebebasan bersuara dan kebebasan akademik di kampus-kampus.

 

MOHAMAD TAUFIK ABDUL AZIZ,

MAHASISWA KEJURUTERAAN BAHAN,

UNIVERSITI MALAYA

 


Posted at Tuesday, October 31, 2006 by alwan
Make a comment  

Rakyat Malaysia terlalu pessimis dengan isu global?

Rakyat Malaysia terlalu pessimis dengan isu global?

MOHAMAD TAUFIK ABDUL AZIZ

 

 Sedang heboh masyarakat bercerita dan berdiskusi tentang pengeboman Negara Lubnan dan Palestin oleh pasukan Yahudi Zionis, di Malaysia kita dapat melihat penyebaran artikel-artikel dan risalah-risalah secara aktif di kalangan mahasiswa tempatan di kampus sekitar Lembah Klang. Penyebaran giat dan aktif ini dimulakan oleh golongan siswa intelek yang berhasrat untuk menyedarkan golongan mahasiswa tentang isu serangan haram Israel (zionis) terhadap negara aman Lunan dan Palestin.

          Risalah-risalah diedarkan di dalam dewan kuliah, kelas-kelas tutorial dan perpustakaan utama. Kawasan-kawasan ini menjadi tumpuan pengedaran artikel kerana ia dilihat sebagai kawasan yang paling strategik berdasarkan tempat tumpuan mahasiswa sehari-harian. Selain itu, kawasan-kawasan sekitar perkarangan masjid-masjid dan tempat-tempat ibadah agama lain juga menjadi pusat tumpuan penyebaran artikel-artikel dan risalah-risalah ini. Tindakan ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat kampus. Sebahagian dari mereka menunjukkan respons yang positif terhadap isu ini. Mereka menyokong dan bersetuju sepenuhnya ssehingga ada di kalangan mereka yang memperbanyakkan lagi artikel-artikel berkaitan, dan diletakkan di kolej-kolej kediaman di kampus masing-masing. Namun ada juga sekelompok yang kecil yang menunjukkan aksi-aksi negatif berkenaan tindakan ini. Mereka telah mengoyak, mencabut dan menconteng risalah-risalah yang diedarkan mahupun ditampal. Tidakkah tindakan ini hanyalah sia-sia sahaja dan bukankah reaksi sebegini menunjukkan mereka anti-kerajaan dan pro-Israel?

          Tidak terlepas juga golongan siswa yang tidak memperdulikan langsung risalah-risalah dan artikel-artikel yang disebarkan meluas di kawasan kampus. Mereka dilihat lebih memberi tumpuan kepada akademik dan studi. Golongan ini dirisaukan tidak dapat mandiri dalam dunia pekerjaan nanti setelah mendapat gulungan Ijazah Pertama kerana perubahan rencam persekitaran  dan memerlukan nilai kesedaran bagi menanganinya.

          Lanjutan dari penyebaran risalah ini di sekitar kampus Lembah Klang juga berjaya memberi kesedaran kepada penduduk setempat terhadap isu Lubnan-Palestin. Masyarakat mula memulaukan barangan-barangan buatan Amerika Syarikat, memandangkan US merupakan penaja utama peperangan di Lubnan dan Palestin. Sehingga kini, kegiatan perniagaan barangan buatan US di sekitar Lembah Klang semakin tergugat ekoran pemulauan barangan buatan US walaupun dampaknya mungkin terlalu sedikit berbanding kekuasaan ekonomi global US itu sendiri. Tetapi ada suara-suara dusta yang mempersoalkan sebaran maklumat ini.

 

"Mahasiswa kampus sekarang terlalu extreme terhadap isu penjajahan Israel di Palestin dan Lubnan ini. Kereta saya penuh dengan pelekat dan artikel tentang isu ini, seumpama mereka sudah tiada tempat untuk menampal artikel-artikel ini", salah seorang Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Kimia di sebuah kampus sekitar Lembah Klang memberi respons kepada terhadap tindakan ini. Namun, persoalannya adakah benar mahasiswa-mahasiswa kampus adalah golongan yang extreme? Benarkah ada stiker dan risalah menjadikan kenderaan sebagai sasaran? Ataupun ada konspirasi untuk menggagalkan hasrat minda anak muda? Kita nantikan kesudahan perjuangan ini.

 

MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA


Posted at Tuesday, October 31, 2006 by alwan
Make a comment  

PERSIAPAN KELAS PEMIKIRAN DALAM MENYEDIAKAN MODAL INSAN YANG INSANIAH

PERSIAPAN KELAS PEMIKIRAN DALAM MENYEDIAKAN MODAL INSAN YANG INSANIAH

 

          Bentuk –bentuk pemikiran manusia umumnya dapat kita nyatakan dari sudut sejauh mana perjalanan minda manusia dalam mengecapi serta menjayakan matlamat dan objektif yang termaktub di benak pemikiran. Seringkali akhir-akhir ini masyarakat membincangkan dan berdiskusi tentang Pemikiran Kelas Pertama. Isu ini kembali hangat dibincangkan apabila Perdana Menteri Malaysia Kelima, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengemukakan suatu perencanaan atau modul kepada rakyat iatu Permodalan Insan atau secara ringkasnya, Modal Insan. Modul yang digagaskan ini telah dihebahkan dan dibentangkan di peringkat institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta agar mahasiswa-mahasiswa dapat menjanakan satu bentuk gerak kerja yang dilihatkan sebagai aset penting negara. Disebabkan itulah, golongan intelek merumuskan bahawa mahasiswa-mahasiswa di Malaysia khususnya adalah golongan sasaran utama dalam menjayakan rencana ini memandangkan daya pemikiran yang dinamik, progresif dan eksklusif yang ada pada mereka. Dengan itu, mereka diletakkan sebagai generasi pelapis yang mampu mewarisi tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti berdasarkan corak dan acuan modul kerajaan.

 

          Namun, bukanlah ini yang menjadi persoalannya. Tetapi, penting untuk kita membincangkan tentang mentaliti dan kelas-kelas pemikiran yang wujud dalam masyarakat, khususnya kepada mereka yang menjadi pimpinan-pimpinan di institusi-institusi pengajian tinggi, di pejabat-pejabat, malah di jabatan-jabatan pentadbiran negara.

 

Pertamanya, kita melihat adanya golongan yang mempunyai tahap keilmuan dan falsafah yang amat tinggi dengan penguasaannya terhadap pelbagai lapangan keilmuan. Mereka peka dan sangat perihatin dengan isu-isu semasa yang dilontarkan ke dalam masyarakat, aktif dalam memberi respon terhadap isu-isu semasa yang timbul, malahan mampu melontarkan kritikan-kritikan yang amat pedih serta bersedia membidas kembali segala kritikan-kritikan yang ditujukan kepadanya. Golongan kelas pemikiran  pertama ini juga bijaksana dan kreatif dalam menyusun serta mencaturkan masyarakatnya sehingga masyarakat boleh terbentuk hasil acuan pemikiran golongan ini. Sebagai contoh, semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohammad memegang tampuk pemerintahan Malaysia suatu masa dahulu, beliau dilihatkan sebagai seorang ahli fikir yang bermentalitikan kelas pemikiran pertama disebabkan terlalu banyak idealisme-idealisme yang dibawa oleh beliau diterimapakai oleh rakyat Malaysia sehingga zaman sekarang. Integrasi pembangunan yang semakin pesat, tahap ekonomi yang semakin berkembang serta taraf pendidikan negara yang semakin progresif menyebabkan beliau mampu membentuk satu generasi yang bersedia berkhidmat untuk dirinya selama mana beliau memegang kuasa permerintahan negara. Namun, semua ini tidak dapat menjamin keharmonian serta keamanan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama ini. Pengabaian terhadap hak-hak asasi etnik-etnik dan agama-agama menyebabkan Tun gagal dalam misi untuk menjernihkan peristiwa dan sejarah hitam yang berlaku dalam tamadun domain Malaysia pada saat itu.

 

Seterusnya, golongan kelas pemikiran kedua pula adalah golongan intelek yang mempunyai sifat keilmuan dan falsafah yang sederhana dan bersifat natural. Golongan ini mengkaji dan meneliti segala kepincangan yang berlaku dalam masyarakat, seterusnya memberi respon terhadap isi-isu semasa yang dikemukakan tanpa memberi kritikan yang menyebelahi mana-mana pihak. Secara ringkasnya, mereka adalah golongan yang aktif dalam menyelesaikan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat tetapi bukan disebabkan pengaruh dari mana-mana pihak dan mereka bukan golongan yang mahukan masyarakat terbentuk hasil pemikiran dan idealisme yang dibawa oleh mereka. Kita boleh melihat banyaknya golongan ini di institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Mereka menyebarkan idea-idea dan pemahaman mereka terhadap isu-isu yang dilontarkan agar mahasiswa-mahasiswa dapat membuka pekung fikiran mereka terhadap sikap manusia dan kebejatan yang berlaku dalam masyarakat hari ini.

 

Golongan kelas pemikiran ketiga pula adalah mereka yang dikenali sebagai golongan 'conventional'. Golongan ini boleh kita kelaskan sebagai golongan yang 'pak angguk' atau mengikut sepenuhnya idealisme yang dibawa oleh mereka yang mempunyai kelas pemikiran pertama. Selain itu, individu kelas pemikiran ketiga juga mempunyai nilai intelek yang rendah yang menyebabkan mereka boleh dimanipulasi atau dijadikan alat oleh golongan tertentu untuk kepentingan mereka.

 

Minda kelas ketiga ini adalah minda robot dan bakal memusnahkan negara jika golongan ini memegang kerusi 'decision makers'. Minda sebegini rela menanggalkan maruahnya serta rela untuk kehilangan identiti bangsa, norma positif negara serta simbol pengupayaan negara berbanding dengan kehilangan wang dan nama.

 

Sehingga sekarang kita melihat, modul "Modal Insan" yang dibawa oleh kepimpinan Perdana Menteri kini masih tidak menunjukkan impak yang berkesan kepada masyarakat, bahkan ia kelihatan masih   seolah-olah teoretikal yang tergantung antara gagasan dan pelaksanaan. Perlu difikirkan betapa penghasilan pelajar bermoral bukan melalui kelas dan subjek moral semata-mata. Hari ini, pendidikan agama juga tidak membawa aspirasi moral sebaliknya ritual (amalan) keagamaan, fardhu ain dan sekadar mengtaui sedikit sebanyak tentang teologi. Kerosakan minda bermula daripada salah asuh kanak-kanak dan remaja. Saya berpandangan bahawa isu modal insan sebagai sub-set kepada perkembangan kejayaan problema Minda Kelas pertama. Saya juga menyokong padu gagasan Perdana Menteri Malaysia selagi mana gagasan ini sedia diwacanakan secara adil dan praktikalnya diagresifkan sebaik mungkin.

 

Kesimpulannya, kelas-kelas pemikiran manusia yang wujud di kalangan masyarakat kita pada hari ini seharusnya dipandang dari pelbagai sudut dan aspek. Pertembungan pemikiran antara individu-individu mahupun kumpulan-kumpulan seharusnya menjadi titik tolak untuk masyarakat Malaysia mula bekerjasama dalam mewujudkan kesepaduan tenaga dan usaha.

 

MOHAMAD TAUFIK BIN ABDUL AZIZ,

MAHASISWA TAHUN SATU,

UNIVERSITI MALAYA


Posted at Tuesday, October 31, 2006 by alwan
Make a comment