|
Thursday, December 27, 2007
Perayaan Krismas : Antara Kesesatan Penganut Kristian dan Kejahilan Umat Islam
Arus kesesatan dan kejahilan dalam mempraktikkan perayaan agama semakin parah dan tenat, sekalipun terdapat ruang dan medium yang jelas membezakan antara perayaan agama dan perayaan budaya.
25 Disember adalah antara tarikh penuh penantian terutama untuk penganut ajaran Kristian yang beranggapan hari tersebut adalah hari memperingati Tuhan mereka iaitu Jesus Christ. Perayaan yang disambut sejak kematian Jesus (Nabi Isa) mengikut fahaman penganut Kristian adalah merupakan kesesatan yang berpanjangan sehingga hari ini, tidak terlepas, anak-anak muda dan remaja Islam sudah mula berjinak-jinak menyambut perayaan Krismas.
Saya cuba memaparkan beberapa kesesatan yang melanda penganut Kristian dan kejahilan yang menular di kalangan remaja Islam kini, khusus berdasarkan beberapa siri dialog Ustaz Zulkifli Nordin bersama beberapa orang peguam Kristian yang hebat memperjuangkan hak-hak asasi manusia.
Pertamanya, penganut Kristian sendiri sesat dalam mengenali siapakah tuhan sebenar mereka. Kalangan paderi dan penganut Kristian berpegang kepada konsep Trinity iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak(Jesus Christ) dan Holy Spirit berdasarkan kepada kitab Taurat dan kitab Injil atau lebih dikenali dengan Old Testement dan New Testement. Kitab Taurat dan Injil (Old Testement and New Testement) adalah kitab yang diturunkan kepada kaum Yahudi dalam bahasa Ibrani atau Hibru. Dalam bahasa Ibrani/Hibru perkataan Isa (Nabi Isa) adalah merujuk kepada Yoshua, bukannya Jesus. Perkataan Jesus adalah berasal daripada bahasa Inggeris yang datang beberapa abad selepas turunnya kitab-kitab tersebut. Manakala, perkataan Christ pula dalam bahasa Ibrani merujuk kepada Moshia, yang berasal dari bahasa Greek iaitu Kristos atau disebut dalam bahasa Arabnya adalah Al-Maseh. Oleh itu, kitab Old Testement dan New Testement menyebutkan Nabi Isa Al-Maseh sebagai Yoshua Moshia bukannya Jesus Christ. Jelas terbukti bahawa penganut ajaran Kristian sendiri kesesatan dalam mengenali siapa Tuhan sebenar mereka.
Seterusnya, menurut kefahaman penganut Kristian, perayaan Krismas adalah disambut bersempena kelahiran Jesus (Nabi Isa). Kelahiran Nabi Isa adalah pada 6 Januari, namun mengapa Krismas disambut 25 Disember pada setiap tahun?
Sejarahnya bemula apabila suatu kaum di Rome suatu ketika dahulu iaitu kaum Majusi meraikan sambutan Satenalia yang merupakan perayaan The Sun atau perayaan Matahari. Kaum Majusi dikenali sebagai kaum penyembah matahari dan suatu ketika, hampir 4 bulan matahari tidak muncul. Maka, setelah genap 4 bulan, pada 25 Disember matahari mulai muncul dan mereka meraikan hari tersebut dengan meriah disertai majlis makan dan minum. Setelah Raja Kristian Constantine menawan Rome, beliau meneruskan perayaan tersebut dengan menukar nama perayaan tersebut sebagai The Son (bukan lagi The Sun), bersempena meraikan kelahiran Jesus (Tuhan Anak) dengan beranggapan tarikh 25 Disember dan 6 Januari adalah hampir. Nyata bahawa penganut ajaran Kristian sekali lagi tersesat dengan sejarah yang telah dicampur adukkan dengan fahaman agama lain.
Sekiranya Islam mempunyai beberapa tuntutan dan syarat wajib dalam meraikan sesuatu perayaan, maka agama Kristian juga mempunyai beberapa syarat wajib yang perlu dipatuhi dalam meraikan hari Krismas. Pertamanya adalah salji putih, keduanya pokok Krismas/pokok Pain dan ketiganya adalah badut merah putih iaitu Santa Claus.
Sekali lagi kesesatan melanda penganut agama Kristian kerana sejarah perayaan Krismas sudah mula bercampur baur dengan doktrin-doktrin agama lain. Ini adalah hasil pegangan yang rapuh kepada kitab-kitab mereka sendiri yang menjadi rujukan paderi-paderi Kristian. Jesus Christ atau Isa Al-Maseh dilahirkan di sebuah bandar di Jurusalem, dibesarkan di Jurusalem serta meninggal dunia (menurut penganut Kristian) di Jurusalem. Seumur hayat Jesus (32 tahun), beliau tidak pernah melangkah keluar dari bumi Jurusalem. Jurusalem adalah tempat di mana salji putih tidak pernah kelihatan. Jelas ternyata sambutan Krismas yang menjadikan salji putih sebagai syarat perayaan adalah suatu perkara yang diada-adakan apatah lagi dengan pokok-pokok pain yang dihiasi dengan cahaya lampu warna-warni sebagai lambang kemeriahan perayaan Krismas.
Kepercayaan bahawa wujudnya Santa Claus sebagai makhluk mulia yang meraikan hati kanak-kanak dan orang dewasa juga merupakan mitos yang mencalarkan sejarah. Santa Claus dikatakan terbang bersama rusa-rusanya dan melalui terobong asap rumah dengan membawa 3 karung guni untuk menghadiahi kanak-kanak dengan pelbagai hadiah. Sejarahnya berlaku terhadap seorang paderi Kristian, Siniclaus yang lahir di Maira, salah sebuah daerah di Turki. Siniclaus dikatakan merupakan paderi yang baik hati dan suka menjaga kebajikan rakyat. Beliau juga digambarkan sebagai seorang paderi yang suka merahsiakan kebaikannya. Suatu ketika, Siniclaus diberitakan tentang penculikan 3 orang kanak-kanak oleh beberapa penjahat untuk kegiatan pelacuran. Siniclaus telah merangka strategi dan suatu malam, kebetulan pada 25 Disember, beliau masuk ke rumah tersebut melalui terobong asap dengan membawa 3 karung guni semata-mata untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Strateginya berjaya untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut daripada kegiatan pelacuran. Setelah kematian Siniclaus, mayatnya dibawa pulang ke Belanda dan dibina sebuah patung besar Siniclaus di sebuah daerah di Belanda. Siniclaus juga disebut sebagai Sante Clase oleh rakyat Belanda. Namun, nama Siniclaus atau Sante Clase semakin menjadi sebutan ramai terutama di kalangan penganut Kristian setelah satu pelancaran minuman bergas oleh syarikat minuman kepunyaan Yahudi iaitu Coca-cola, diadakan pada 25 Disember 1836 di New York City atau dahulunya disebut sebagai New Amsterdam. Pelancaran itu sekaligus menjadikan Sante Clase sebagai maskod perayaan Krismas dan sebutannya mula bertukar menjadi Santa Claus. Berikutan dengan itu, Raja Kristian dengan rasminya mengisytiharkan perayaan Krismas disambut secara besar-besaran pada tahun 1924.
Inilah sebahagian salah faham dan kesesatan yang berlaku dalam ajaran Kristian. Perayaan yang meraikan kelahiran Jesus Christ bertukar menjadi perayaan mengagung-agungkan Santa Claus dan sentiasa mengharapkan suatu kewujudan yang mustahil. Tidak dinafikan masih terdapat segelintir penganut Kristian yang benar-benar mengamalkan ajaran Kitab Injil dan mereka digelar sebagai Ahli Kitab. Sebahagiannya terdapat di Armenia, Jurusalem, Iraq dan beberapa pekan kecil di kota-kota kependudukan penganut Kristian. Golongan ini masih meraikan 6 Januari sebagai simbol kelahiran Jesus Christ dan sambutan tersebut hanya diadakan di kalangan mereka sahaja. Kini, penganut Kristian sendiri sudah melupakan matlamat sebenar perayaan Krismas. Namun kesesatan mereka tidak terhenti di sini, bahkan telah menumbuhkan kejahilan di kalangan anak muda dan remaja Islam yang turut sama menyambut Hari Krismas sebagai perayaan tahunan. Dalam satu wawancara pagi Malaysia Hari Ini (MHI) pada 26 Disember 2007, seorang anak muda memberi respons berkenaan sambutan Krismas. Antara perkara yang dipersoalkan, mengapa perlu ada perbezaan antara penganut Kristian dan penganut Islam sedangkan mereka meraikan sambutan Hari raya dan kita meraikan sambutan Krismas dengan harapan dapat menjalin hubungan keakraban antara kaum. Betapa terpesongnya Aqidah umat Islam pada hari ini. Tidak cukup dengan itu, pengacara wawancara yang bertugas pada pagi itu menambah, ”Inilah pandangan paling bernas pernah saya dengar, terima kasih...”. Tidak mustahil bahawa suatu masa nanti umat Islam akan kehilangan jati diri Muslim, dengan beranggapan tiada bezanya antara agama Islam dengan agama anutan yang lain.
Baca...Fahami...dan ubahlah diri dan anak-anak Islam kita...
MOHAMAD TAUFIK ABDUL AZIZ,
MAHASISWA KAMPUS.
Posted at Thursday, December 27, 2007 by alwan
 |  |  | chibi superman August 2, 2009 05:57 PM PDT
annyoewnk>.. |  |
  |  |  | Ridhawati Handayani March 11, 2008 06:27 PM PDT
TIPS MENCARI TUHAN YANG BENAR-2 TUHAN
&
MEMILIH AGAMA YANG DIRIDHOINYA (DIBENARKAN OLEHNYA)
1. Kita harus menyadari, mengapa kita perlu mencari Tuhan ?,
• Hal ini supaya kita bisa memahami untuk apa kita ada (hidup) di Dunia ini, yang ujung-2-nya sakit, tua, atau akhirnya mati juga, harta kita ditinggalkan untuk yang masih hidup, kok enak yah !, begitu juga ilmu kita (S1, S2, bahkan sampai S3) ikut sirna, tidak bisa copy file di harddisk ataupun ke seseorang.
2. Bagaimana cara yang benar untuk mencarinya ?
• Kita bisa mencarinya melalui buku-2, diskusi, logical, bukti-3 sejarah) dan jangan membatasi diri untuk tidak mempelajari seluruha Agama atau aliran kepercayaan atau keyakinan yang ada dan berkembang saat ini.
• Serta berdo`alah agar kita diberikan kemudahan dan petunjukdari NYA.
3. Ada “filosofi” atau “HUKUM ALAM” yang kita harus terima, dan itu bisa digunakan untuk mencarinya, antara lain;
• Sesuatu mesti ada yang menciptakannya ? (yakini dulu !), seperti mobil, rumah, baju, dll, tidak mungkin ada barang tiba-2 ada dengan sendirinya, seperti Bumi, dan Planet-2 lainnya.
• Pencipta mestinya harus ada dulu dari pada yang diciptakan ? (Tuhan lebih dulu ada sebelum adanya Manusia, bumi, jagad raya), tidak setelah ada manusia (+ nabi-2) tiba-2 turun ke bumi dan menampakan atau menjelma menjadi Manusia ?
• Pencipta mestinya tidak sama dengan yang diciptakannya (Manusia membuat mobil, tentunya mobil tidak sama dengan Manusia, baik bentuk dan kelakuannya), terima dulu logical ini !.
• Jadi Tuhan tidak akan menyerupai yang diciptakannya (sama dengan manusia) ?
• Manusia dan semua ciptaannya akan tunduk atau mengikuti HUKUM ALAM, yaitu menempati (ber dimensi) ruang, akan rusak karena waktu (umur) atau mati, dapat dilihat, diraba, atau dirasakan, dan difoto kemudian di up load di WWW), wah kalo Tuhan punya WEB berapa yah hits/day nya ?.
• Jadi Tuhan tidak akan mungkin berwujud sama dengan ciptaannya (Manusia). Atau mempunyai sifat-2 yang akan tunduk terhadap HUKUM ALAM tadi.
• Tuhan tidak bisa dikategorikan jenis kelaminnya (Gender laki-2 atau perempuan ?), Tuhan Bapak, atau Bapa di Surga ?, Walaupun sebatas sebutan saja, atau untuk memudahkan membayangkan, bahwa Tuhan seperti Bapak baiknya (kelakuan baik dan perannya).
• Wujud atau Tubuh Tuhan juga tidak menyerupai Manusia yang mempunyai tangan atau kaki, jadi tidak akan “CAMPUR TANGAN” sebagaima Manusia ? dalam asumsi atau harapan kita dalam kehidupan kita.
• Tuhan itu maha itu kuasa sekali (absolute atau muntlak tidak ada yang membatasinya), sehingga tidak perlu atau membutuhkan bantuan seperti ada diantara kita yang mengaku jadi “PELAYAN TUHAN”..
• Sifat-2 Tuhan itu tdk akan sama dengan suatu bentu atau manusia, maka Tuhan itu tidak berdimensi waktu atau ruang, maka Tuhan tidak tinggal di syurga ? (Bapa yang tinggal di kerajaan syurga), jadi dimana tempat Tuhan tinggal ?, (mungkin miri Roh kita ada di bagian tubuh mana, Jantung ? Paru-2 ? atau Organ tubah yang lainnya ?.
• Secara logika kalau Tuhan (Bapa) tinggal di kerajaan syurga, terus siapa yang akan menunggu (tinggal) di Neraka mengawasi orang-2 yang disiksa ? dan di Bumi ?, bias kabur semua Orang-2 yang ada di Neraka karena tidak ditunggu Tuhannya ?. (masa iyah / Ha ha).
• Tuhan itu tidak akan seperti perasaan dan pikiran kita, sehingga Roh Kudus (Tuhan) tidak akan memimpin kemana arah pikiran, hati, perasaan atau tindakan kita, yang ada adalah bagaimana pikiran, hati, dan tindakan kita semata-mata hanya untuk Tuhan (sesuai petunjuknya), jadi Tuhan berada diluar tubuh dan pikiran kita ? (dekat atau jauh tergantung bagaimana kita mendekatkan diri dan pikiran kepadanya.
• Secara nalar (logical in healty thinking) setiap orang (barang siapa ?) yang berbuat seharusnya Dia yang bertanggungjawab, mau Dosa atau Pahala, dan tidak mungkin dialihkan kepada Tuhan yg se-akan-2 si PENEBUS DOSA, atau dihapus dengan dengan jalan melakukan pengakuan Dosa melalui Pastor, atau diwariskan kepada anak cucu, jadi Pernyataan “PENEBUS DOSA” apa itu bukan sbg proganda (iklan terselubung) agar menarik Orang mengikuti ajaran. Agama tertentu, bisa dilaporkan ke KPPU ? kalau di Indonesia.
• Jangan mengandalkan kemampuan logical (otak), panca indra (mata dll), maupun perasaan kita dalam mencari Tuhan, karena Organ kita mempunyai keterbatasan, sepertinya halnya MATA, mata memandang langit itu berwarna biru padahal langit itu tidak berwarna dan merupakan ruangan yang bolong tidak berbatas dengan benda atau layer.
• Seperti hal perasaan bahwa kita, bahwa kita ini tinggal pada permukaan bumi yang datar dan tidak mungkin kita berada di atas kulit bumi yang bundar, padahal kalau kita terbang antar benua baru melihat bahwa kulit bumi itu melengkung, sepertinya sepandai-pandai manusia, manusia tidak pernah mampu melihat bentuk (wujud) ROHnya sendiri seperti apa dan dimana keberadaannya di tubuh kita ?, jadi jangan mengandalkan logika dalam mencari Tuhan, seperti Halnya mengapa kita dijadikan /dilahirkan sbg Orang Jawa, Cina, Bule, dll atau mengapa dilahirkan sbg Laki-2 atau Wanita ? (logika tidak mungkin bias menemukan jawabannya).
• Jadi jangan sampai kita memaksakan TUHAN, bahwa Tuhan itu harus nampak wujudnya seperti halnya Manusia atau menyamakan bahwa Tuhan itu juga seperti Manusia, walupun sebagai Anak Tuhan atau Tuhan anak, ada ibunya, Tuhan itu seolah-olah seperti BAPA di kerajaan syurga, walaupun itu mungkin sekedar imajinasi saja untuk memudahkan kita membayangkan atau mempercayainya.
4. Terus bagaimana Tuhan yang sesungguhnya itu ?
5. Tentunya Tuhan itu tidak akan menampakan dirinya dan memperlihat pisiknya kepada Manusia (bikin penasaran saja Tuhan ini), logical kita Dunia bisa heboh ? kalo Tuhan sampai menampakan DIRInya, apalagi ber kata-2 (firman) langsung ?.
6. Seperti Hanyal Roh, setiap Orang pasti (100 prosen) percaya bahwa setiap Orang yang hidup pasti ada Roh di dalam tubuhnya, dan kita tidak pernah tahu bagaimana wujud dan letaknya, walaupun seorang dokter ahlipun pasti tidak akan tahu dimana Ruh (atau ROH) itu berada dalam tubuh kita.
7. Tuhan telah memberikan Tanda-2 keberadaannya kalo kita mau peduli terhadap Tanda-2 kebesarannya (ke Maha’an nya) dan asal kita mau mencari melalui cara yang dibenarkan atau diridhoinya., seperti Halnya pada Bumi dan isinya, Planet, dan mengatur semua di orbitnya, ada yang menciptakan dan mengaturnya tidak ? (renungkan dalam dengan hati yang bersih, kesampingkan dulu keyakian Agama kita anut).
8. Bagaimana cara mencari Tuhan yang benar ? (sesuai dengan diberikan petunjuk olehnya ?).
9. Setelah mempelajari secara mendalam dan penuh kehati-hatian, melalui Kitab-2 suci tiap-tiap Agama, Bagaimana Ajarannya, Diskusi dengan para pakarnya, akhir saya menemukan bahwa di Al Qur`an, terdapat cara-2 mencari Tuhan yang benar (petunjuknya).
10. Dalam memahami Makna tiap-tiap, disitu jelas-2 sekali bahwa Tuhan ALLAH itu adalah Tuhan Kita semuanya (Bule, Cina, Negro, Arab, Melanesia, Monggol) dan Al Qur`an diturunkan untuk semua Manusia di Dunia (bukan hanya untuk orang Moeslem atau Islam saja atau orang Arab saja), di Al Qur`an cukup jelas seperti apa Tuhan itu ?.
11. Begitu juga dalam membandingkan dengan kitab-2 Agama lainnya, betul-2 isinya ber beda sekali dan begitu juga proses turunnya ayat juga juga jauh berbeda, mohon jangan antipati (or negative thinking before) dulu, sebelum membaca dan mendalami maknanya (anggap sbg ilmu pengetahuan aja dulu), betul-2 isinya bukan merupakan pendapat seorang atau kata seseorang (Murid anak Tuhan).
12. Inilah pengalaman spiritual saya, mudah-2-an Saudara-2-ku bisa memperoleh manfaat dan hikmahnya dari learning point ini, amien yah ROBBAL ALLAHMIEN.
Semoga Allah merachmati kita semua, amien.
Wassalam
Ridhawati
Flexi; 022 7204941
E-mail; ridha@telkom.co.id
|  |
|
|